About

Assalamualaikum…

Saya Asma, owner kepada Asma Felt Box.

Pada 2010, saya mencari-cari hobi sekadar untuk belajar sesuatu yang baru sambil mengisi masa lapang.
Akhirnya saya jumpa kain felt dan mula jatuh hati dengannya.
Jatuh hati kerana ia unwoven fabric, jadi tak perlu jahit tepi dan kira basi jahitan. Yippi!

Hasil handmade pertama saya pada 2010
Meja kraf saya pada ketika itu

Saya mula membuat handmade yang comel-comel dan berkongsi keterujaan mengenainya di blog dan facebook . Tanpa diduga, ia mula mendapat permintaan dan saya menjualnya kepada pelajar sekolah dan kolej serta secara online di website .

Handmade yang paling gemar saya hasilkan ialah keychain, bantal hiasan, sarung phone dan purse.

Keychain Ladybug
Bantal hiasan request dari customer
Owl Purse
Bekas Phone

Pada 2015, saya mula cuba ber-crochet. Bagi saya ia amat susah.
Namun begitu saya terus berlatih dan hasilnya semakin baik.
Setiap hari saya cuba juga hasilkan satu projek mini untuk mengasah kemahiran mengait.

Projek crochet pertama saya. Untuk cuci pinggan.
Hasil crochet terbaru

Pada tahun yang sama juga, pixel craft mula diperkenalkan. Sekali cuba saya terus jatuh hati dan ketagih menghasilkan keychain pelbagai bentuk. Pelajar sekolah sukakannya dan bermacam bentuk yang mereka request membuatkan saya lebih bersemangat berkraf.

Time tengah excited dengan Justice League

Selain menghasilkan handmade dari felt craft, pixel dan crochet; saya juga menjual bahan-bahan kraf secara online sejak 2011 sehingga kini dah masuk 8 tahun. Alhamdulillah…

Antara bahan-bahan kraf yang ada di asma-felt-box :

Kain felt pelbagai warna
Pelbagai jenis craft supply
Ribbons
Pixel Beads

Semua bahan kraf ini boleh didapati di kedai online Asma Felt Box

Semua order dipos setiap hari, kecuali Sabtu, Ahad dan cuti umum.

Pembayaran sebelum pukul 12 tengahari akan dipos pada hari yang sama.

Korang juga boleh dapat free shipping dengan pembelian RM100 ke atas.

Serta kumpul reward point untuk ditebus pada pembelian seterusnya pada bila-bila masa.

Bagi pembelian handmade pula, amik masa sikit untuk disiapkan.
Dalam 3-10 hari bergantung kepada kuantiti.

Kepada korang yang baru berjinak-jinak dengan dunia kraf, bole ziarah Tutorial mudah yang saya sediakan.

Selamat Berkraf!