my cute life

join today
IMG_20220720_014520

mama

Ibu anak dua yang suka berfikir, menonton movie dan menikmati hidup

IMG_20220719_091425_344

krusyE

Ketagihan terhadap benang yang tiada tolok bandingnya

IMG_20220719_001150_930

lukis

Baru belajar melukis. Suka lukisan comel-comel dan montel-montel

Tahukah anda sedang memasuki ruang cute saya

Selamat datang ke rumah saya. Nama saya Asma, bole panggil Kaklong. Saya mak anak dua, anak pun kecik-kecik je lagi.

Saya dah terjerumus ke dunia online sejak 2004 lagi. Masa tu saya aktif di Friendster, pastu Friendster hilang. Kemudian saya buka blog pertama saya di Yahoo 360, pastu hilang juga. Kemudian saya aktif pula berforum dekat YouthSays, tapi YouthSays jugak hilang. Hahaha apa benda malang sangat ni?

IMG_20220718_005251_712

Pada 2010 saya mula berniaga secara online maka lahirlah asma-felt-box. PAda 2016 pula saya teringin nak jadi blogger merangkap influencer la kononnya, maka lahirlah Kaklong Chan. Tapi keinginanku menemui kegagalan kerana saya tak konsisten dan tak begitu bersungguh-sungguh. Pada 2022 tetibe pula saya nak jadi pelukis (haha apa ni? Memang tetibe betul), maka lahirlah Pensel Tubi. 

Selain dari tiga kelahiran dia atas, saya juga pernah cuba menulis novel. Saya berjaya buat 13 draf novel, tapi yang berjaya tulis cuma dua bab, lepas tu saya penat. Haha. Saya pun berhenti menulis. Mungkin saya kurang latihan, ataupun kurang bakat. Sampai situ je la usaha saya sebagai penulis novel.

Jari Joget ialah diri saya yang kurang bercakap tapi jari rajin berjoget. Menaip, mengait dan melukis. Bukankah kita semua begitu...

IMG_20220720_014617